Sekurang-kurangnya
2.8 juta orang menghadapi kematian akibat daripada berat berlebihan
atau obesiti. Hari ini obesiti ini telah menjadi masalah kesihatan
utama yang dihadapi di setiap negara.
Orang
kata ini obesiti adalah penyakit moden. Kalau dahulu, 10-20 tahun
yang lepas, jarang sekali kita akan jumpa orang yang mempunyani berat
berlebihan. Kenapa?
Ada
pendapat mengatakan ia disebabkan oleh makanan ringan/segera tapi
semuanya bermula dengan cara hidup.
Cuba
kita kembali kepada zaman emak-ayah atau datuk-nenek kita dahulu.
Semuanya manual. Kerahan tenaga sendiri. Berpeluh. Pergi kerja
selepas subuh dan balik asar atau sebelum magrib. Tidur yang cukup.
Makanan masak sediri. Sayur organik. Telur kampung. Ulam-ulaman.
Dan
pada masa kini pula, semua dengan batuan robot. Mesen basuh. Kereta.
Vacuum. Pergi kerja sebelum subuh, balik kadang lepas isya baru
sampai rumah. Tidur yang kurang. Kadang hari minggu tidur berlebihan
kerana sangat penat. Bersenam? Jauh sekali. Berpeluh? Kadang-kadang.
Makanan? Selalu beli. Jarang masak. Paling senang fast food. Makanan
bergoreng. Air manis. Penggunaan gula berlebihan. Stress kerja. Sayur
import. Biasanya bukan organik.
Jauh
sekali beza dua zaman ini. Cara hidup yang berbeza memberi impak yang
sangat ketara.
Pada
2010, Keemterian Kesihatan melaporkan, 2 daripada 5 orang dewaa di
Malaysia mengalami obesiti. Malaysia berada di tempat paling tinggi
kadar obesiti dan juga diabetis di Asia Tenggara.
Kajian
menunjukkan, kadar obesiti di Malaysia semakin meningkat.
2006
= 1.5 juta
2010
= 2.8 juta
2011
= 3 .0 juta
So
Malaysia, Let's move and open your eyes.
Masa
untuk berubah ke arah yang lebih baik, lebih sihat dengan cara hidup
yang betul.
Mesti
ramai yang tertanya-tanya, apakah caranya dan apa langkah yang
pertama?
DIET
Diet
bukan bermaksud berlapar. Makanlah. Tapi dengan cara yang betul dan
kuantiti yang betul.
Banyak
jenis diet yang boleh diamalkan. Tapi yang lebih menarik perhatian
saya ialah Diet Kalori- seperti yang disyoran oleh Kevin Zahari dan juga Diet Atkins.
Apa
beza antara kedua-dua ini?
Diet
Kalori : boleh makan apa sahaja tapi jumlah kalori dihadkan
Diet
Atkins : Menghadkan pengambilan karbohidrat, tapi melebihkan protien
dan sayuran
kedua-dua
nya berkesan jika kena caranya. Berdietlah dengan bijak. Fahami
dahulu jenis diet yang anda pilih. Jangan mengikut orang lain.
Apa-apa pun mesti berilmu.
Dari
segi durasi masa keberkesanan, diakui diet atkins paling cepat untuk
turun berat berbanding dengan diet kalori. Tapi ingat, tidak semua
dapat mengikuti diet jenis ini terutama sekali pada yang ada masalah
kesihatan.
Apapun
jenis diet ang anda ingin lakukan, senarai dibawah adalah yang paling
penting
1.
AIR
-
minum air putih yang mencukupi. Setiap 25kg berat badan= 1L air
-
jika anda mempunyai berat 80kg maka sekurang-kurangnya 3L air wajib
setiap hari.
2.
Berhenti Merokok,kafein
-
elakkan kafein, rokok semasa diet. Kerana tujuan utama kita
mengeluarkan toksin dari dalam badan
3.
Makanan yang sihat
-
Masak lah makanan sendiri. Elakkan ajinomoto dan bahan perisa seta
bahan diawet.
4.
Hentikan pengambilan gula, air manis
-
Gula tidak baik untuk kesihatan. Tinggalkan gula, terhindar 1
penyakit-diabetis. Kalau boleh gantilah gula dengan stevia atau
pemanis organik seperti p3sweetener. Elakkan pemanis tiruan
-
3 jenis pemanis tiruan
- Aspartame (Equal®, Nutrasweet ®)
-Aspartame
tidak sesuai digunakan untuk memasak kerana tidak stabil semasa
dipanaskan. Ia akan berasa sedikit pahit apabila makanan sudah
lama dalam simpanan. Biasa digunakan dalam minuman bergas.
- Saccharin (Sweet ‘N Low ®, Sweet Twin ®, Sugar Twin ®)
-Pemanis
ini 300 lebih manis daripada gula. Oleh itu ia digunakan hanya
dalam kuantiti yang sangat kecil dan juga mengandungi tiada kalori
- Sucralose (Splenda®)
-Sucralose
merupakan bahan pemanis yang paling manis. 2 kali lebih manis
daripada saccharin, 3 kali lebih manis daripada aspartame dan 600
ratus kali lebih manis daripada gula! Ia juga merupakan pemanis
yang paling stabil pada suhu yang tinggi.
5.
Senaman
-
Bersenamlah. Walaupun hanya berjalan kaki. Menari. Aerobik. Atau ke
gym. Berpeluh boleh
mengeluarkan
toksin dan mencergaskan badan.
6.
Tidur yang cukup
-kurang
tidur boleh menyebabkan metabolisme badan menurun. Tidur awal supaya
boleh bangun awal dan tidak lesu
7.
Mandi awal
-
mandi awal pagi sebolehnya sebelum subuh boleh membakar kalori dan
meningkatkan metabolisma.
0 comments:
Post a Comment