Slide Title 1

Aenean quis facilisis massa. Cras justo odio, scelerisque nec dignissim quis, cursus a odio. Duis ut dui vel purus aliquet tristique.

Slide Title 2

Morbi quis tellus eu turpis lacinia pharetra non eget lectus. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia Curae; Donec.

Slide Title 3

In ornare lacus sit amet est aliquet ac tincidunt tellus semper. Pellentesque habitant morbi tristique senectus et netus et malesuada fames ac turpis egestas.

Wednesday, 3 December 2014

Sekurang-kurangnya 2.8 juta orang menghadapi kematian akibat daripada berat berlebihan atau obesiti. Hari ini obesiti ini telah menjadi masalah kesihatan utama yang dihadapi di setiap negara.

Orang kata ini obesiti adalah penyakit moden. Kalau dahulu, 10-20 tahun yang lepas, jarang sekali kita akan jumpa orang yang mempunyani berat berlebihan. Kenapa?

Ada pendapat mengatakan ia disebabkan oleh makanan ringan/segera tapi semuanya bermula dengan cara hidup.

Cuba kita kembali kepada zaman emak-ayah atau datuk-nenek kita dahulu. Semuanya manual. Kerahan tenaga sendiri. Berpeluh. Pergi kerja selepas subuh dan balik asar atau sebelum magrib. Tidur yang cukup. Makanan masak sediri. Sayur organik. Telur kampung. Ulam-ulaman.

Dan pada masa kini pula, semua dengan batuan robot. Mesen basuh. Kereta. Vacuum. Pergi kerja sebelum subuh, balik kadang lepas isya baru sampai rumah. Tidur yang kurang. Kadang hari minggu tidur berlebihan kerana sangat penat. Bersenam? Jauh sekali. Berpeluh? Kadang-kadang. Makanan? Selalu beli. Jarang masak. Paling senang fast food. Makanan bergoreng. Air manis. Penggunaan gula berlebihan. Stress kerja. Sayur import. Biasanya bukan organik.

Jauh sekali beza dua zaman ini. Cara hidup yang berbeza memberi impak yang sangat ketara.

Pada 2010, Keemterian Kesihatan melaporkan, 2 daripada 5 orang dewaa di Malaysia mengalami obesiti. Malaysia berada di tempat paling tinggi kadar obesiti dan juga diabetis di Asia Tenggara.

Kajian menunjukkan, kadar obesiti di Malaysia semakin meningkat.

2006 = 1.5 juta
2010 = 2.8 juta
2011 = 3 .0 juta

So Malaysia, Let's move and open your eyes.

Masa untuk berubah ke arah yang lebih baik, lebih sihat dengan cara hidup yang betul.


Mesti ramai yang tertanya-tanya, apakah caranya dan apa langkah yang pertama?

DIET

Diet bukan bermaksud berlapar. Makanlah. Tapi dengan cara yang betul dan kuantiti yang betul.

Banyak jenis diet yang boleh diamalkan. Tapi yang lebih menarik perhatian saya ialah Diet Kalori- seperti yang disyoran oleh Kevin Zahari dan juga Diet Atkins.

Apa beza antara kedua-dua ini?

Diet Kalori : boleh makan apa sahaja tapi jumlah kalori dihadkan
Diet Atkins : Menghadkan pengambilan karbohidrat, tapi melebihkan protien dan sayuran

kedua-dua nya berkesan jika kena caranya. Berdietlah dengan bijak. Fahami dahulu jenis diet yang anda pilih. Jangan mengikut orang lain. Apa-apa pun mesti berilmu.

Dari segi durasi masa keberkesanan, diakui diet atkins paling cepat untuk turun berat berbanding dengan diet kalori. Tapi ingat, tidak semua dapat mengikuti diet jenis ini terutama sekali pada yang ada masalah kesihatan.

Apapun jenis diet ang anda ingin lakukan, senarai dibawah adalah yang paling penting

1. AIR
- minum air putih yang mencukupi. Setiap 25kg berat badan= 1L air
- jika anda mempunyai berat 80kg maka sekurang-kurangnya 3L air wajib setiap hari.

2. Berhenti Merokok,kafein
- elakkan kafein, rokok semasa diet. Kerana tujuan utama kita mengeluarkan toksin dari dalam badan

3. Makanan yang sihat
- Masak lah makanan sendiri. Elakkan ajinomoto dan bahan perisa seta bahan diawet.

4. Hentikan pengambilan gula, air manis
- Gula tidak baik untuk kesihatan. Tinggalkan gula, terhindar 1 penyakit-diabetis. Kalau boleh gantilah gula dengan stevia atau pemanis organik seperti p3sweetener. Elakkan pemanis tiruan
- 3 jenis pemanis tiruan
  • Aspartame (Equal®, Nutrasweet ®)
-Aspartame tidak sesuai digunakan untuk memasak kerana tidak stabil semasa dipanaskan. Ia akan berasa sedikit pahit apabila makanan sudah lama dalam simpanan. Biasa digunakan dalam minuman bergas.
  • Saccharin (Sweet ‘N Low ®, Sweet Twin ®, Sugar Twin ®)
-Pemanis ini 300 lebih manis daripada gula. Oleh itu ia digunakan hanya dalam kuantiti yang sangat kecil dan juga mengandungi tiada kalori
  • Sucralose (Splenda®)
-Sucralose merupakan bahan pemanis yang paling manis. 2 kali lebih manis daripada saccharin, 3 kali lebih manis daripada aspartame dan 600 ratus kali lebih manis daripada gula! Ia juga merupakan pemanis yang paling stabil pada suhu yang tinggi.

5. Senaman
- Bersenamlah. Walaupun hanya berjalan kaki. Menari. Aerobik. Atau ke gym. Berpeluh boleh
mengeluarkan toksin dan mencergaskan badan.

6. Tidur yang cukup
-kurang tidur boleh menyebabkan metabolisme badan menurun. Tidur awal supaya boleh bangun awal dan tidak lesu

7. Mandi awal
- mandi awal pagi sebolehnya sebelum subuh boleh membakar kalori dan meningkatkan metabolisma.